Thursday 20 October 2011

Pengenalan

Laman ini dibangunkan bertujuan untuk memenuhi kehendak subjek CMT 3112 iaitu Sejarah Media Baru. subjek Sejarah Media Baru merupakan subjek wajib bagi pelajar semester 5 elektif Multimedia, Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan Universiti Malaysia Kelantan(UMK).

        Subjek Sejarah Media Baru ini di ajar oleh En.Jasni Bin Dolah. Subjek ini menitik beratkan tentang peranan yang dimainkan dalam Sejarah Media Baru dalam membantu menghasilkan karya seni digital terutama dalam segi estitika,strategi,trend dan aspirasi sosiobudaya. Antara ciri-ciri utama dalam subjek ini termasuklah bagaimana nilai integrasi, interaktif, hipermedia dan naratif dapat membantu dalam penghasilan karya seni digital yang berkualiti dan inovatif. Latihan yang diberi berasaskan kepada perkembangan sejarah media baru dan kesesuaian penggunaan teknologi terkini dalam membantu penghasilan karya seni digital. 
 

TUGASAN 1

Huraikan maksud sejarah media baru dalam kontek penghasilan  karya seni digital. Pilih satu atau dua medium bagi menyokong pendapat anda.
       
         Sejarah  ialah pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis. Selain itu,sejarah juga merujuk kepada sejarah manusia yang berkenaan catatan mengenai masyarakat lampau. Mereka yang mengkaji sejarah dikenali sebagai ahli sejarah atau pakar sejarah. Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan) dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih kerap digunakan, bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah.


         Perkataan Media berasal daripada perkataan Latin iaitu " Medius" yang bermaksud "tengah, perantaraan atau pengantar". manakala maksud media dalam bahasa arab pula disebut sebagai "Wahana" iaitu suatu yang menyalurkan maklumat atau penyalur pesanan.seperti yang kita tahu, sejarah media di Malaysia bermula dengan kemunculan media cetak iaitu penghasilan surat khabar dimana, surat khabar menjadi sumber maklumat yang utama dalam kalangan penduduk Malaysia pada suatu ketika dulu. selain itu, media cetak menjadi sumber maklumat kepada masyarakat. Setelah itu muncul pula media elektronik dimana media elektronik merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio, televisyen, konsul permainan, komputer, telefon dan lain-lain.
        Media Baru pula ialah suatu istilah yang dimaksudkan untuk mencakupi kemunculan digital, komputer, atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke-20. Di mana sebahagian besar teknologi yang digambarkan sebagai "media baru" adalah berbentuk digital malah seringkali dapat dimanipulasikan, bersifat jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak memihak. sebagai contoh
  •  Internet
  • Website
  • Komputer peribadi
  • Permainan komputer
  • CD-ROMS, dan DVD
  • Mobile phone
 Media baru bukanlah televisyen, filem,majalah atau buku. 

        Kemunculan media baru secara lansung telah mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir dari setiap aspek kehidupan manusia. Perkembangan media ini telah mendapat  tanggapan positif dan juga negatif. Media baru adalah media yang memiliki 3 sifat utama iaitu integrasi, interaktif dan digital. 





















TUGASAN 2

Huraikan tentang penggunaan teknologi Apple Computer dalam penghasilan karya.


Add caption
 
         Steven Paul "Steve" Jobs  24 Februari 1955 – 5 Oktober 2011  ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Selain itu, Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995).


        Pada tahun 1976 Steve Jobs dab Steve wonziak telah memperkenalkan komputer  Apple yang pertama. Bentuk fizikal komputer yang pertama ialah imac G3 yang mempunyai 1 gam-drop atau lebih kelihatan lagi bentuk permukaannya yang berbentuk sfera dengna monitor CRT terutamanya dibahagian reka bentuknya diliputi dengan plastik berwarna yang bersifat lutsinar. Keluaran Apple yang kedua ialah imac G4 yang berbentuk hemisfera dan mengandungi komponen utama yang tertentu. Keluaran ketiga dan keempat Apple ialah imac G5 dan imac intel. Model ini lebih nipis dan menggunakan anodized aluminium dan panel kaca diseluruh bahagian depan.






 
       Seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini yang kian canggih, penggunaann sistem Macintosh ini sangat diperlukan dalam berkarya. Selain daripada fungsi yang berkesan samada dari segi editing mahu pun modelling bagi animasi. Sistem ini juga banyak membantu pelajar terutamanya dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan dengan lebih cepat dan bermutu tanpa menghadapi sebarang risiko terutama risiko serangan virus komputer. Hal ini kerana sehingga kini sistem Macintosh merupakan satu-satunya sistem yang belum pernah diserang virus dan serangan Malware.

       Karya-karya yang dihasilkan menggunakan teknologi Apple adalah seperti animasi 3D, filem, seni digital, lukisan digital dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga inovasi GUI (Graphic User) bagi sistem operasi komputer grafik. Selain itu,Terdapat karya-karya yang dihasilkan dengan menggunakan komputer bagi menghasilkan kesan-kesan khas digital yang tidak mampu dilakukan secara manual. Antara perisian yang biasa digunakan ialah Autodesk Maya, 3D Max dan Autocad.


Add caption

TUGASAN 3

Huraikan tentang kesan penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi idea, rekaan, tiruan dan hak milik cipta.

           Penggunaan media dalam menghasilkan sesuatu karya adalah meluas pada masa kini. Hal ini kerana, dunia sekarang kehidupan kita amat bergantung terhadap penggunaan teknologi. Namun demikian, penggunaan media tersebut banyak mendatangkan kebaikan dan keburukan dalam kelangsungan hidup. Kebaikan yang diperolehi dengan penghasilan media baru dalam penghasilan sesuatu karya ialah dapat meghasilkan karya yang lain dari karya yang telah dihasilkan sebelum ini. Sebagai contoh, zaman dahulu manusia menghasilkan karya pada dinding-dinding gua tetapi sekarang manusia memerlukan media untuk menghasilkan sesuatu karya. Contoh penggunaan media baru imac banyak memberi impak kepada penghasilan sesuatu karya yang sangat bermutu. Imac merupkan salah satu contoh media baru yang banyak impak kepada penghasilan karya-karya digital seperti animasi dan sebagainya.
      
         Namun begitu, penggunaan media baru dalam penghasilan karya-karya banyak dipengaruhi oleh idea, rekaan, tiruan dan hak milik cipta. Dimana setiapnya memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan sesebuah karya.
    
          Peranan idea dalam penghasilan sesebuah karya dapat direalisasikan dengan menggunakan medium seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Autodesk Maya dan sebagainya. medium-medium ini banyak memainkan peranan dalam membantu menghasilkan sebuah karya yang bermutu dan berkualiti.

          Dengan menggunakan medium-medium tersebut akan dapat membantu dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi. Hal ini dapat dilihat apabila seorang pengkarya yang ingin memperkembangkan idea yang ada supaya menjadi satu karya yang lebih baik ialah dengan menggunakan medium seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan sebagainya. Perisian-perisian ini banyak mempunyai ciri-ciri tersendiri yang mampu menjadikan karya itu menjadi semakin kreatif dan lebih menarik.

         Setiap pengkarya yang menghasilkan karya perlulah mendaftarkan karya-karya mereka di bawah Akta Hak Milik Cipta bagi memastikan hasil karya mereka dilindungi daripada golongan yang tidak bertanggungjawab. Jika hasil karya yang telah dihasilkan tidak didaftarkan dibawah akta tersebut akan memudahkan untuk golongan yang tidak bertanggungjawab meniru hasil karya tersebut. Tetapi sekiranya pengkarya itu mendaftar hasil karya mereka, akan menyukarkan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk meniru hasil karya mereka kerana hasil karya tersebut diletakkan dibawah pengawasan. Sekiranya hasil karya itu masih lagi ditiru, pemilik berhak mengenakan tindakan terhadap pihak terbabit seperti mengenakan saman kerana telah menceroboh hak milik pemilik.



TUGASAN 4

Pilih dua medium dalam teknologi media baru yang anda minati dalam penghasilan sesuatu karya.


        Perkembangan zaman komunikasi dan teknologi banyak menyumbangkan kepada perkembangan dunia pengkaryaan berdigital. Dua medium dalam teknologi media baru yang dipilih ialah Adobe Photoshop dan Autodesk Maya. Dimana setiap medium tersebut banyak memainkan peranan dalam menghasilkan karya yang berkualiti tinggi dan menarik. 
    
       Adobe Photoshop adalah satu program grafik penyuntingan yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems Incorporated.Pada 2003 Adobe telah  penjenamaan semula "Creative Suite" yang membawa kepada penamaan semula Adobe Photoshop 8, Adobe Photoshop CS. Oleh itu, Adobe Photoshop CS5 pelepasan ke-12 utama Adobe Photoshop. Penjenamaan semula CS juga mengakibatkan Adobe menawarkan pelbagai pakej perisian yang mengandungi beberapa program Adobe untuk harga yang dikurangkan. Selain itu, Adobe Photoshop juga disiarkan dalam dua edisi iaitu Adobe Photoshop, dan Adobe Photoshop Extended, dengan itu Extended mempunyai penciptaan imej tambahan 3D, gerakan menyunting grafik, dan maju ciri-ciri analisis imej  Adobe Photoshop Extended adalah termasuk dalam semua Creative Suite tawaran Adobe  kecuali Design Standard, termasuk Adobe Photoshop edition.

        Di samping Photoshop dan Photoshop Extended, Adobe juga menerbitkan Photoshop Elements dan Photoshop Lightroom, yang secara kolektif dikenali sebagai "Adobe Photoshop Keluarga". Pada tahun 2008, Adobe mengeluarkan Adobe Photoshop Express, berasaskan web percuma alat penyuntingan imej untuk mengedit gambar secara langsung di blog dan laman rangkaian sosial; pada tahun 2011 versi yang telah dikeluarkan untuk sistem operasi Android dan sistem pengendalian IOS. Adobe hanya menyokong versi Windows dan Macintosh Photoshop, tetapi menggunakan Wine Photoshop CS4 boleh dijalankan di Linux.




        Autodesk Maya biasa dipendekkan kepada Maya, perisian grafik komputer 3D yang dijalankan pada Microsoft Windows, Mac OS dan Linux, asalnya dibangunkan oleh Alias ​​Systems Corporation dahulunya Alias ​​atau Wavefront dan pada masa ini dimiliki dan dibangunkan oleh Autodesk. Ia digunakan untuk menciptaaplikasi 3D interaktif, termasuk permainan video, filem animasi, siri TV, atau kesan-kesan visual. Produk ini dinamakan selepas perkataan Sanskrit Maya, konsep Hindu ilusi.